Wednesday 8 February 2012

M'sia VS Bahrain 2-1 _ "Saya bukan sengaja mahu terjatuh"



Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2012/02/08




PERTAHANAN tengah Harimau Muda, Muslim Ahmad mengakui sedikit terkilan apabila ada segelintir peminat menyalahkan dirinya di atas kekalahan 2-1 kepada Bahrain dalam perlawanan kelayakan Olimpik Kumpulan C di Manama, Ahad lalu.
Pada perlawanan itu, skuad kendalian Ong Kim Swee hampir membawa pulang mata pertama apabila Ahmad Hazwan Bakri menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 1-0, tetapi kesilapan barisan tengah yang membiarkan lawan merampas bola berhampiran kotak penalti menyebabkan Bahrain memastikan kemenangan.
Dua pertahanan, termasuk Muslim terjatuh apabila Husain Al-Farhan yang merampas bola daripada pemain tengah, menggelecek dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. 

“Memang pertahanan sering disalahkan dalam situasi begini, tetapi bola sepak adalah permainan sepasukan dan kami sama-sama bertanggungjawab di atas padang,” kata Muslim mengenai gol kemenangan Bahrain yang dikatakan berpunca daripada kesilapannya. 

“Saya memohon maaf jika kesilapan saya menyebabkan skuad negara tewas, tetapi saya bukan sengaja mahu terjatuh. Ketika itu saya sudah naik ke atas dan terpaksa berpatah balik dengan pantas untuk menutup ruang ketika lawan merampas bola. 

“Permukaan padang licin juga antara punca saya terjatuh. Saya faham kekecewaan rakyat Malaysia tetapi kami lebih merasai kekecewaannya. 
“Walaupun peluang ke Olimpik sudah tertutup, baki dua perlawanan menentang Jepun dan Syria tetap akan kami hadapi dengan penuh semangat bagi mempertahankan maruah pasukan dan negara.” 

Muslim akan bersama Terengganu sehingga 18 Februari ini sebelum dipanggil semula menyertai kem Ong Kim Swee menjelang pertemuan dengan Jepun, 22 Februari ini.


^aku tgk game ni xsmpai spruh masa.,sblum game ni start,aku btaruh dengan adik aku,tanpa meletakkan duit sebagai ganjaran la.,pertaruhan halal..hehe.,aku agak 2-1..team mana dapat 2?dengan keadaan bmain,aku mention,konpom bahrain 2.,:D tapi sekadar bmain la.,tengok2 betul la pulak..
aku ada terpikir la jua,kenapa aku pilih angka tu,sbb.....aku  rasa ada team over confident,susah jua tu kalau menang terus.,bukan mo salahkan sesiapa,menang kalah adat pertandingan,bukan rezeki kita,mo buat macamna.,sabo jelah^

3 comments:

  1. aku tau larr .. eyh ,, never say neverrr .. ahaha .. ko ckap team hm over confident .. syial larr puiy .. bkan aku ckap ,, zizan ckap ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wpun ko ANONYMOUS,ak tatap kanal ko..bih2..haha

      Delete
  2. kesian ngn muslim .. alaa bucu3

    ReplyDelete